pengeluaran

Pengeluaran KWSP RM10,000 – RM50,000 telah dibenarkan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

Pengeluaran KWSP

Untuk maklumat, FSA2 adalah sebuah program yang membenarkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Melalui program ini, ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Bayaran pengeluaran itu kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran mereka.

Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan program KWSP ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

Dimaklumkan bahawa bank yang terlibat adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank Berhad. Maklumat lengkap berkenaan fasilitini, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…