kwsp

Pengeluaran KWSP RM3,000 hingga RM50,000 dibuka untuk permohonan: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah inisiatif yang diperkenalkan adalah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

Pengeluaran KWSP melalui FSA2

Sejak tahun lalu, pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Program ini pada asasnya membolehkan ahli membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Oleh itu, ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan telibat.

Pembayaran pengeluaran itu kemudiannya perlu dibayar ke pihak perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran mereka.

Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah sehingga RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Cara Memohon

Bagi permohonan FSA2 KWSP, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui institusi perbankan yang terlibat. Ini adalah langkah-langkah memohon:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Pada ketika ini, terdapat empat bank yang terlibat untuk program ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), MBSB Bank Berhad, CIMB Bank dan Maybank.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan fasiliti ini, ia boleh dirujuk secara lengkap di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…