pengeluaran

Pengeluaran KWSP sehingga RM50,000 kini dibenarkan: Berikut syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah inisiatif yang diperkenalkan adalah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

Pengeluaran Bersyarat KWSP

FSA2 adalah sebuah program yang membenarkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Melalui program ini, ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan telibat.

Bayaran pengeluaran berkenaan kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran mereka.

Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan FSA2 KWSP boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

Untuk malumat, terdapat dua bank yang terlibat untuk program ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank Berhad.

Maklumat lengkap berkenaan fasiliti ini, ia boleh dirujuk secara lengkap di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kini sedang membuka…
Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…