pengeluaran

Pengeluaran KWSP sehingga RM50,000 untuk semua pencarum: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah inisiatif yang diperkenalkan adalah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

Pengeluaran KWSP

Untuk makluman, FSA2 adalah sebuah program yang membenarkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Dengan ini, ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan telibat.

Bayaran pengeluaran tersebut kemudiannya perlu dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran mereka.

Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan FSA2 KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Berikut adalah langkah-langkah memohon:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

Pada ketika ini, terdapat dua bank yang terlibat untuk program ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank Berhad.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan fasiliti ini, ia boleh dirujuk secara lengkap di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…