akaun 1

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini adalah merupakan usaha Kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Malah, pelbagai jenis inisiatif dan program juga telah diperkenalkan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti i-Citra, i-Sinar, i-Lestari dan sebagainya. Tapi, sebenarnya ada juga pelbagai perkara dan faktor yang membolehkaan pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2. Berikut adalah maklumat tentangnya: –

Pengeluaran Penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP

Antara perkara-perkara yang membenarkan pengeluaran penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP adalah seperti senarai berikut:

Mencapai Usia 55 Tahun

Apabila ahli mencapai umur 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Pada ketika itu, ahli boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka dari akaun ini pada bila-bila masa.

Mencapai Usia 60 Tahun

Sekiranya ahli terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas. Ia kemudianya hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai usia 60 tahun. Pengeluaran itu pula terserah kepada ahli sama ada secara penuh atau sebahagian mengikut kemahuan masing-masing.

Hilang Upaya

Jika ahli mengalami hilang upaya secara mental atau fizikal, mereka layak membuat pengeluaran penuh simpanan mereka di KWSP. Malah, KWSP juga akan memberi sumbangan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban ahli.

Meninggalkan Negara

Bagi ahli yang memilih untuk meninggalkan negara dengan melepas atau melucutkan warganegara mereka untuk berhijrah ke negara lain/ekspatriat/penduduk tetap (PR)/pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat pengeluaran penuh simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Meninggal Dunia

Untuk ahli yang meninggal dunia, waris boleh membuat pengeluaran semua simpanan KWSP mereka. Makanya, pihak KWSP sangat menggalakkan supaya ahli membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan pengeluaran-pengeluaran ini, ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Portal i-Akaun KWSP (bagi pengeluaran tertentu) atau melalui cawangan-cawangan KWSP di seluruh negara.

Maklumat lengkap berkenaan pengekluaran KWSP boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berkenaan dengan penamaan pula, ia adalah urusan di mana ahli memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP mereka sekiranya mereka meninggal dunia. Ahli boleh merancang awal dengan membuat penamaan bagi mengurangkan kesulitan dan memastikan waris yang ditinggalkan mendapat jaminan kewangan selepas ahli meninggal dunia.

Kepentingan penamaan adalah memendekkan proses pengeluaran; mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah dan memastikan waris mewarisi simpanan ahli.

Penamaan boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau dengan melengkapkan Borang KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana pejabat KWSP di seluruh negara. Manakala, jika ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian ahli, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP terdekat.

Cumanya, proses permohonan memerlukan pelbagai dokumen dan pengesahan. Ia sedikit sulit jika ingin dibandingkan dengan mereka yang telah membuat penamaan.

“Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian. Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan,” petikan kenyataan KWSP.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran kematian boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…