pengeluaran penuh

Pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2 kini dibenarkan: Berikut cara buat permohonan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Pihak Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2.

Berikut adalah senarai keadaan yang membenarkan perkara ini:-

Pengeluaran Penuh KWSP

Mencapai usia 55 tahun

Apabila ahli mencapai usia 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Oleh itu KWSP akan membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

Mencapai usia 60 tahun

Sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Bagaimanapun, ia hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai usia 60 tahun.

Pada usia berkenaan, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Meninggalkan negara

Untuk ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Hilang upaya

Bagi para ahli KWSP yang kehilangan keupayaan fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran semua simpanan mereka di Akaun 1 dan Akaun 2.

Malah, pihak KWSP juga akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Cara Memohon

Bagi mereka yang hendak membuat pengeluaran penuh berdasarkan sebab-sebab yang dibenakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP melalui bahagian pengeluaran.

Ahli juga boleh membuat pengeluaran itu melalui cawangan-cawangan KWSP di seluruh negara.

Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…