pengeluaran penuh

Pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Pihak Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebelum itu, KWSP adalah adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1951, dan bertujuan untuk membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka.

Senarai pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2

Berusia 55 tahun

Bagi ahli yang mecapai umur 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 akan digabungkan ke dalam sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun 55.

Dengan itu, KWSP akan membenarkan pengeluaran kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

Berusia 60 tahun

Jika ahli memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Akan tetapi, ia hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai usia 60 tahun.

Pada usia itu, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

Hilang upaya

Untuk ahli KWSP yang hilang upaya fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2. Pihak KWSP juga akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Meninggalkan negara

Bagi ahli yang melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain/ekspatriat/penduduk tetap (PR)/pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat pengeluaran penuh simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Meninggal dunia

Pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris sekiranya ahli meninggal dunia. Oleh itu, KWSP menggalakkan ahli untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara memohon

Bagi mereka yang hendak membuat pengeluaran penuh berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP melalui bahagian pengeluaran.

Ahli turut boleh membuat pengeluaran melalui cawangan-cawangan KWSP di seluruh negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…