Pengeluaran penuh

Pengeluaran penuh Simpanan KWSP dari Akaun 1 & 2 kini dibenarkan: Senarai mereka yang layak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Pihak Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2. Berikut adalah senarai keadaan yang membenarkan perkara ini:-

Meninggalkan Negara

Bagi ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Hilang Upaya

Pengeluaran penuh KWSP juga dibenarkan kepada para ahlinya yang kehilangan keupayaan fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja.

Malah, malah pihak KWSP akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Berumur 55 Tahun

Jika ahli mencapai umur 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Oleh itu KWSP akan membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berumur 60 Tahun

Untuk makluman, sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Ia bagaimanapun hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 60 tahun.

Pada usia itu, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

Meninggal Dunia

Jika ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris. Makanya, pihak KWSP sangat menggalakkan para pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah dan kesulitan.

Permohonan Pengeluaran Penuh KWSP

Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran penuh berdasarkan perkara-perkara di atas, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP melalui bahagian pengeluaran.

Ahli juga boleh membuat pengeluaran itu melalui cawangan-cawangan KWSP di seluruh negara.

Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pendapatan isi rumah bawah RM2,586 layak memohon Bantuan Bulanan RM100 - RM1,000 setiap bulan

Pendapatan isi rumah bawah RM2,586 layak memohon Bantuan Bulanan RM100 - RM1,000 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pelbagai jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…
Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Selaras dengan…