Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.
Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.
Dalam masa sama, terdapat pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahli membuat sebahagian pengeluaran KWSP mereka. Berikut adalah senarai perkara tersebut:
Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP
Mencapai usia 50 tahun
Bagi para pencarum yang telah mencapai usia 50 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan mereka.
Pembiayaan pendidikan
Para pencarum juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Membina rumah
Bagi yang ingin membina rumah, pengeluaran dari Akaun 2 boleh dibuat dengan syarat memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun berkenaan dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
Membeli rumah
Pengeluaran dari Akaun 2 juga boleh dibuat untuk tujuan membeli rumah. Jenis rumah itu hendaklah merangkumi banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
Membayar ansuran perumahan
Bagi meringankan beban pencarum yang berdepan masalah membayar ansurans peruhama, KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.
Perbelanjaan kesihatan
Untuk pencarum yang menghadap masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Cara Memohon
Untuk membuat pengeluaran-pengeluaran seperti yang disenaraikan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun Ahli KWSP.
Pencarum juga boleh pergi ke cawangan-cawangan KWSP seluruh negara jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengeluaran dan kaedah pelaksanaannya.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021