sebahagian

Pengeluaran sebahagian Simpanan KWSP yang dibenarkan tahun 2023: Syarat-syarat & Cara mohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahli membuat sebahagian pengeluaran KWSP mereka. Berikut adalah sebarai perkara tersebut:

Senarai Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP

Membina Rumah

Bagi ahli yang hendak membina rumah di tanah sendiri, pihak KWSP membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2 bagi mereka yang memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM500.

Membeli Rumah

Bagi yang ingin membeli rumah pula, KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membayar Ansuran Rumah

Pihak KWSP juga membenarkan pengeluaran simpanan bagi tujuan membayar ansuran bulanan rumah ahli sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Membiayai Pendidikan

KWSP turut membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Perbelanjaan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

E-Pengeluaran KWSP

Bagi tujuan pengeluaran-pengeluaran ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun Ahli KWSP.

Ahli juga boleh pergi ke cawangan-cawangan KWSP seluruh negara jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengeluaran dan kaedah pelaksanaannya.

Maklumat lengkap  berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…