Akaun 2 KWSP

Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP: Panduan Syarat-Syarat & Cara Memohon

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu institusi kewangan terpenting di Malaysia yang memainkan peranan besar dalam memastikan kesejahteraan kewangan rakyat selepas bersara. Ditubuhkan bagi mengurus simpanan persaraan para pekerja sektor swasta dan tidak berpencen, KWSP menjadi tempat utama untuk orang ramai menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka sebagai jaminan masa depan.

Melalui potongan gaji bulanan dan caruman majikan, dana KWSP dikumpulkan dan dilaburkan secara strategik untuk memberikan pulangan yang stabil kepada pencarum. Selain simpanan persaraan, KWSP juga menyediakan kemudahan pengeluaran bagi tujuan tertentu seperti membeli rumah, pendidikan, perubatan dan sebagainya — menjadikannya lebih fleksibel dan relevan dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai inisiatif serta pembaharuan yang diperkenalkan saban tahun, KWSP bukan sekadar sebuah tabung simpanan – ia adalah pelan kewangan jangka panjang yang memberi ketenangan minda untuk hari esok. Dalam masa sama, terdapat pelbagai perkara yang membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2 KWSP.

Berikut adalah maklumat jenis-jenis dan syarat-syarat bagi pengeluaran dari Akaun 2:

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Pengeluaran Usia 50 tahun

Apabila ahli mencapai umur 50 tahun, ahli mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran sebahagian daripada simpanan Akaun 2 mereka. Pengeluaran ini boleh dimohon sekali sahaja bagi membantu perancangan kewangan pra-persaraan ahli.

Syarat-syaratnya adalah Warganegara & Bukan Warganegara​; Berumur di antara 50 hingga 54 tahun​ dan Mempunyai simpanan dalam Akaun Sejahtera​ (Akaun 2).

Pengeluaran Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membiayai pendidikan untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak, dan/atau ibu bapa di institusi yang diluluskan, sama ada di dalam atau luar negara. Kos yang dibiayai adalah:

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian atau jumlah baki pinjaman;
  • Yuran hostel dan penginapan;
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.

 

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai. Rumah kediaman yang tertakluk adalah jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Pengeluaran Beli Rumah

Bagi membantu ahli merancang persaraan yang selesa, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah, terhad kepada dua rumah kediaman sahaja.

Akan tetapi, sekiranya ahli telah menggunakan simpanan KWSP untuk membeli rumah pertama, ahli perlu menjual atau melupuskan pemilikan rumah tersebut sebelum memohon pengeluaran bagi rumah kedua.

Pengeluaran Mengurang atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Umur bawah 55 tahun;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun Sejahtera;
  • Telah membeli/membina rumah kediaman;
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut (Pengeluaran Individu sahaja);
  • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran;
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan;
  • Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya;
  • Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.

 

Pengeluaran Bina Rumah

Bagi membantu ahli membina rumah impian, KWSP memberi kemudahan untuk ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.​ Syarat-syarat kelayakannya adalah:

  • Warganegara & Bukan Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 55 tahun;
  • Mempunyai baki minima RM500 dalam Akaun 2;
  • Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut;
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan;
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.

 

Pengeluaran Haji

Bagi ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Syarat-syaratnya adalah Umur bawah 55 tahun; Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH; Tidak pernah memohon pengeluaran haji dan Simpanan di LTH tidak mencukupi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Bagi yang menepati syarat-syarat pengeluaran, permohonan boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya adalah secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun (Ahli) sama ada melalui portal atau aplikasi.

Selain itu, permohonan juga boleh boleh dibuat secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekatan. Pemohon kemudiannya dikehendaki mengisi Borang Permohonan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan pengeluaran dari Akaun 2 KWSP, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong PERDA, Sesi Ogos 2025: Tawaran Gaji RM1,900 - RM2,100

Pelbagai Jawatan Kosong PERDA, Sesi Ogos 2025: Tawaran Gaji RM1,900 - RM2,100

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP: Panduan Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP: Panduan Syarat-Syarat & Cara Memohon

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu institusi kewangan terpenting di Malaysia yang memainkan peranan besar dalam memastikan kesejahteraan…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MARDI 2025: Gaji RM1,500 - RM11,110

Jawatan Kosong Besar-Besaran MARDI 2025: Gaji RM1,500 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan…