KWSP

KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM39.31 bilion: Pengeluaran simpanan bersasar lebih baik

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mencatat jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.31 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2022 (9B 2022).

Memetik laporan BH Online, pendapatan pelaburan kasar itu bagaimanapun menurun 18 peratus atau RM8.71 bilion, berbanding RM48.02 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2021.

“Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga (S3 2022) berakhir 30 September 2022 adalah berjumlah RM12.32 bilion, menurun sebanyak RM1.65 bilion atau 12 peratus, berbanding RM13.97 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021,” petikan dari BH Online.

Mengulas perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, rentetan keadaan pasaran pelaburan ekuiti dan pendapatan tetap yang stabil, tabung simpanan persaraaan itu telah mencatatkan prestasi suku ketiga yang lebih baik daripada pendapatan pelaburan kasar suku sebelumnya sebanyak RM11.14 bilion.

Dalam masa sama, ketika ini terdapat kebimbangan bahawa kadar faedah yang lebih tinggi akan mendorong kepada kemelesetan global, ditambah pula dengan risiko geopolitik yang berterusan dan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (The Fed).

“Walau bagaimanapun, di sebalik cabaran ini, pendekatan pelaburan KWSP yang berdisiplin, berpandukan Alokasi Aset Strategik yang mantap dan pengurusan portfolio yang aktif, membantu mengurangkan impak dan membolehkan KWSP memberikan prestasi yang stabil didorong oleh lonjakan kukuh dalam pasaran domestik,” katanya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Pengeluaran KWSP Bersasar

Dalam perkembangan lain, masih terdapat suara-suara khususnya dari kalangan masyarakat yang mengharapkan akan adanya pengeluaran KWSP sekali lagi selepas ini. Malah, tanda pagar #kwspbersasar juga sering kali kelihatan di media-media sosial seperti di Facebook.

Bagi Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid seperti mana yang dilaporkan Harian Metro berpandangan pengeluaran khas KWSP bersasar adalah langkah yang lebih baik dilaksanakan kerana ia akan memfokus kepada mereka yang amat memerlukan.

Sekiranya ada keperluan mendesak maka pengeluaran KWSP boleh ditimbangkan mengikut keperluan pencarum. Masalahnya, ramai pencarum mempunyai baki simpanan yang rendah apabila sudah dibenarkan pengeluaran khas yang lalu, sekali imbas pengeluaran kali ini barangkali hanya memenuhi sebahagian kecil kehendak pencarum sahaja yang berbaki positif.

“Justeru, jika kerajaan ingin melaksanakan pengeluaran KWSP, lebih baik ia diberi secara bersasar,” katanya.

Namun begitu, setakat ketika artikel ini ditulis – masih belum terdapat sebarang maklum balas dari pihak Kerajaan berkenaan dengan perkara ini.

Sumber: BH Online, KOSMO & Harian Metro.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…