akaun 2

Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahli membuat sebahagian pengeluaran KWSP mereka dalam Akaun 2. Berikut adalah senarai perkara tersebut:

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Berumur 50 tahun

Jika ahli mencapai usia 50 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan mereka.

Membina rumah

Sekiranya ahli ingin membina rumah, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 masing-masing. Antara syarat-syarat utamanya adalah mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Membeli rumah

Kepada yang ingin membeli rumah pula, pengeluaran dari Akaun 2 juga dibenarkan. Jenis-jenis rumah yang boleh dibeli merangkumi  banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membayar ansuran bulanan perumahan

Jika ahli berdepan masalah membayar ansuran bulanan perumahan, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Membiayai pendidikan

Ahli juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Rawatan kesihatan

Pihak KWSP turut membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Memohon

Bagi yang ingin membuat pengeluaran-pengeluaran seperti yang disenaraikan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun Ahli KWSP.

Pencarum juga boleh pergi ke cawangan-cawangan KWSP seluruh negara jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengeluaran dan kaedah pelaksanaannya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…