i-lindung

Pengeluaran simpanan KWSP melalui i-Lindung: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif kepada para ahlinya.

Ia termasuklah melalui platform i-Lindung yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun lalu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini.

i-Lindung KWSP

Pihak Kerajaan melalui KWSP telah memperkenalkan sebuh platform yang dikenali sebagai i-Lindung. Platform ini merupakan sebuah kemudahan layan diri i-Akaun (Ahli) KWSP yang boleh digunakan untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA, ahli KWSP boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan dengan menggunakan simpanan KWSP mereka.

Perlindungan yang ditawarkan adalah perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli) KWSP;
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Cara Memohon

Bagi ahli yang telah mendaftar i-Akaun (Ahli) KWSP, permohonan i-Lindung boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Perlindungan yang dibeli akan bermula pada hari polisi/sijil yang telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam ‘Pelan Perlindungan Saya’ di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan secara serta-merta, tetapi mungkin akan mengambil masa beberapa hari.

Maklumat lengkap berkenaan i-Lindung boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…