Harta Intelek

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) buka banyak jawatan kosong: Gaji sehingga RM9,630

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan MyIPO

  1. JURUTERA ELEKTRIK
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
    • Gred : IP8
    • Skala Gaji : RM2,688 – RM9,630
  2. PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Gred : IP10
    • Skala Gaji : RM1,963 – RM6,123
  3. PENYAMBUT TETAMU
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Gred : IP10
    • Skala Gaji : RM1,963 – RM6,123
  4. PEMBANTU AKAUNTAN
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Gred : IP12
    • Skala Gaji : RM1,408 – RM4,691
  5. PEMBANTU HARTA INTELEK
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Gred : IP12
    • Skala Gaji : RM1,408 – RM4,691

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MyIPO secara lengkap dan dilampirkan bersama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat ke alamat:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 MAC 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…