Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di PKPS melalui anak syarikatnya PKPS Management Services Sdn Bhd adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
Penolong Pengurus
- Taraf: Kontrak
- Penempatan: Ibu Pejabat PKPS, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675, Shah Alam.
- Gaji: RM1,500 – RM5,672
- Elaun-elaun: Elaun sara hidup, Elaun rumah dan Elaun anak.
Syarat-syarat kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 30 tahun ke atas.
- Diploma dalam bidang seni reka atau seni lukis daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam pengurusan seni reka dan pengurusan media sosial.
- Keutamaan kepada calon yang berpengetahuan dalam penyediaan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dalam seni reka grafik. pengurusan media sosial dan boleh merancang, bekerja secara berdikari, komited serta berdedikasi tinggi.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya olen Kerajaan.
Cara memohon
Kepada yang berminat, maklumat iklan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume terkini ke alamat:
PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN BHD, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said)
Hanya pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Kepada pemohon yang menerima panggilan temuduga, pemohon perlu membawa dokumen-dokumen berikut (asal dan salinan):
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
- Sijil Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi
- Transkrip penuh akademik dari Institusi Pengajian Tinggi
- Sijil-sijil lain yang difikirkan perlu
- 2 keping gambar berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 JUN 2021 (Ahad).