Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor buka kekosongan terkini: Gaji RM1,500 ~ RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di PKPS melalui anak syarikatnya PKPS Management Services Sdn Bhd adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Penolong Pengurus

  • Taraf: Kontrak
  • Penempatan: Ibu Pejabat PKPS, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675, Shah Alam.
  • Gaji: RM1,500 – RM5,672
  • Elaun-elaun: Elaun sara hidup, Elaun rumah dan Elaun anak.

 

Syarat-syarat kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 30 tahun ke atas.
  • Diploma dalam bidang seni reka atau seni lukis daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam pengurusan seni reka dan pengurusan media sosial.
  • Keutamaan kepada calon yang berpengetahuan dalam penyediaan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dalam seni reka grafik. pengurusan media sosial dan boleh merancang, bekerja secara berdikari, komited serta berdedikasi tinggi.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya olen Kerajaan.

 

Cara memohon

Kepada yang berminat, maklumat iklan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume terkini ke alamat:

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN BHD, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said)

Hanya pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Kepada pemohon yang menerima panggilan temuduga, pemohon perlu membawa dokumen-dokumen berikut (asal dan salinan):

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
  • Sijil Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi
  • Transkrip penuh akademik dari Institusi Pengajian Tinggi
  • Sijil-sijil lain yang difikirkan perlu
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 JUN 2021 (Ahad).

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…