Perbadanan Kota Buku buka pelbagai kekosongan terkini: Gaji RM1,800 – RM9,280

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kota Buku (syarikat milik Kementerian Pendidikan Malaysia) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di KOTA BUKU adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Pengurus Jualan & Pemasaran (RM9,000 – RM9,280)
  2. Senior Fullstack Developer (RM8,000 – RM8,250)
  3. Fullstack Developer (RM41200 – RM4,450)
  4. Setiausaha Eksekutif (RM3,000 – RM3,250)
  5. Eksekutif Pemasaran (RM3,000 – RM3,250)
  6. Eksekutif Jualan Digital (RM2,500 – RM2,650)
  7. Eksekutif Jualan Korporat (RM2,500 – RM2,650)
  8. Kerani Jualan (RM1,800 – RM 1,950)
  9. Khidmat Jualan (RM1,800 – RM 1,950)
  10. Logistik (RM1,800 – RM 1,950)

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki pengalaman mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Syarat-syarat kelayakan secara terperinci setiap jawatan, KLIK SINI

Cara memohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, maklumat rasmi iklan kekosongan boleh dirujuk DI SINI.

Permohonan pula boleh dibuat dengan menghantar resume lengkap berserta salinan sijil-sijil berkaitan dan gambar berukuran pasport terkini ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…