Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) buka pelbagai kekosongan: Minima SPM layak memohon

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah ditubuhkan sebagai Pusat Daya Pengeluaran Negara pada tahun 1962, iaitu suatu projek bersama Dana Khas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan Persekutuan dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai agensi pentadbir.

Antara fungsi utama MPC adalah bagi menerajui pengalakkan dan penyebaran maklumat dan isu-isu yang berhubungan dengan produktiviti. Ia juga berperanan dalam menubuhkan satu pusat maklumat/rujukan indeks produktiviti untuk negara serta mengeluarkan pakar/kepakaran tempatan dalam bidang Produktiviti, Kualiti , Pengurusan dan Keusahawanan.

Selaras dengan peranannya itu, kini MPC telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Penolong Pengurus – Gred E41
  2. Juruteknik Komputer – Gred F19
  3. Pembantu Setiausaha Penjabat – Gred N19
  4. Pembantu Kemahiran – Gred H19
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Calon juga dikehendaki memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Hanya pemohon yang menepati kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 11 JUN 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…