Perdana Menteri umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada rakyat Malaysia

Menghampiri musim perayaan yang bakal menjelma, pelbagai jenis keperluan dan persiapan diperlukan oleh rakyat Malaysia bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Prihatin dengan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan sebuah bantuan khas yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini.

Bantuan khas ini diberikan khusus kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan nilai kewangan sebanyak RM500 setiap seorang. Manakala, bagi pesara kerajaan pula akan menerima RM250 setiap seorang.

Tambah Ismail lagi, bantuan ini turut melibat para penjawat awam di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

“Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.” – Katanya, petikan dari KOSMO.

Menurutnya, pemberian bantuan itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan khas ini, ia akan dilaksanakan bersama dengan pembayaran gaji untuk bulan April 2022 iaitu pada 25 April 2022 nanti.

Diharapkan pemberian bantuan khas ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka yang layak bagi menyambut hari mulia Aidilfitri nanti.

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan khas ini, sila rujuk dan baca – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…