PERHILITAN buka lebih 20 kekosongan jawatan: Minima PT3/PMR boleh memohon

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Mergastua iaitu sebuah jabatan yang menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Objektif utama penubuhannya adalah bagi memperkasa program konservasi hidupan liar menerusi aktiviti pengurusan, penguatkuasaan, pengkayaan dan penyelidikan hidupan liar serta mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan fungsi ekologi.

Selaras dengan peranannya itu, kini PERHILITAN mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Berikut adalah maklumat jawatan:

  • Jawatan: Pembantu Hidupan Liar – Gred G11
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kekosongan: 5
  • Simpanan: 20

 

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G11 : RM1,200.00)

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 JUN 2021, Ahad (11.59 malam).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…