Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
PEGAWAI KERANI SAMBILAN
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 2
- Penempatan: Seberang Jaya, Pulau Pinang
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Miliki minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus Bahasa Melayu (BM);
- Boleh membuat perjalanan dan mempunyai pengangkutan;
- Dari Pulau Pinang.
Bidang Tugas
- Melakukan kerja-kerja Pembantu Pejabat;
- Menyusun, mengambil dan menyimpan fail-fail;
- Memastikan keperluan dokumen-dokumen cawangan mencukupi;
- Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal myFutureJobs. Pemohon dikehendaki mendaftar di portal berkenaan dan dengan mengisi permohonan secara lengkap.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 18 OGOS 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985.
Status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income). Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.
Dalam memenuhi matlamat itu, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Visinya adalah sebagai Peneraju Keselamatan Sosial yang Unggul, Komprehensif dan Dinamik. Manakala, misinya pula adalah memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif demi kesejahteraan sosial semua sepanjang hayat.
Pada dasarnya caruman yang dibayar kepada PERKESO adalah caruman kepada solidarity fund. Penentuan jumlah caruman bulanan adalah berdasarkan jumlah gaji yang diterima oleh pekerja dalam bulan berkenaan. Melalui caruman inilah semua pekerja yang mencarum berkongsi risiko yang sama tanpa mengira risiko tempat kerja yang berbeza mengikut industri.
Berkongsi risiko secara prinsipnya membawa maksud semua pencarum relahati membenarkan PERKESO menggunakan wang ‘solidarity fund’ untuk membayar faedah kepada pekerja yang mengalami hilang upaya atau keilatan serta pencen kepada orang tanggungan sekiranya mereka meninggal dunia.
Bagi pekerja yang tidak pernah menerima apa-apa faedah sehingga persaraan, sebenarnya mereka telah membantu pekerja lain yang mengalami hilang upaya atau keilatan dan membantu keluarga yang telah kehilangan ahli akibat kematian.