Pada ketika ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
- Gaji: RM2,200 – Mak RM12,300
- PEGAWAI PERUBATAN GRED 24
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM5,600 – RM19,000
Syarat-Syarat Kelayakan
PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
- Warganegara Malaysia yang berumur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat atau bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- Memiliki Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Keutamaan kepada calon yang memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berikut:
- Keselamatan ICT, Server setup, Database Configuration, PHP Language, Apache, MySQL, HTML, Linux, Bootstrap dan UI & UX design;
- Pembangunan dan pentadbiran sistem, aplikasi dan laman web (menggunakan Content Management System seperti Joomla dan WordPress);
- Web / app migration version, security hardening, Fixing Security Posture Assessment (SPA) finding, restoring backup file into server, manage backend on Joomla application dan lain-lain kerja-kerja teknikal yang berkaitan;
- Perisian rekabentuk seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, penggunaan Command Line Interface (CLI) Linux dan SEO best practices and performance optimization.
PEGAWAI PERUBATAN GRED 24
- Memiliki Ijazah dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Memiliki Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangya 2 tahun dalam bidang perubatan;
- Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki pensijilan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) atau sijil yang setaraf dengannya;
- Calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan awam atau kesihatan pekerjaan akan diutamakan; dan
- Bersedia untuk bertugas di seluruh Malaysia (Zon Semenanjung dan Zon Sabah).
Bidang Tugas
PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
- Mentadbir, mengurus dan mengemaskini laman sesawang PERKESO;
- Memantau dan memperbaiki keselamatan laman web berdasarkan remediation report
- Mengemaskini dan memastikan kandungan laman sesawang dimuatnaik dan dikemaskini dalam dua (2) server production bagi kedua-dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Bertanggungjawab dalam menyemak dan mengemaskini patching version perisian laman sesawang yang perlu dibuat;
- Memastikan 3rd party extension/modul/plugin berfungsi dengan baik melalui kerja-kerja penyelenggaraan secara teknikal;
- Memantau penggunaan data usage dalam tiga (3) server laman sesawang;
- Membuat data cleansing secara berkala.
PEGAWAI PERUBATAN GRED 24
- Merancang, melaksana dan menguruskan program-program pencegahan, perubatan dan pemulihan;
- Menyediakan pandangan perubatan untuk kes Penyakit Khidmat, Bencana Kerja dan Ilat;
- Membuat semakan keputusan Jemaah Doktor dan memantau perjalanan Jemaah Doktor/Jemaah Doktor Rayuan;
- Menilai tahap hilang upaya sebagai Penilai Perubatan;
- Menjalankan promosi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
- Bertanggungjawab menyemak dan meluluskan permohonan perkhidmatan pemulihan;
- Melaksanakan program latihan pemantapan, garis panduan bagi perkhidmatan pencegahan, perubatan dan pemulihan PERKESO;
- Melaksanakan program latihan untuk pegawai PERKESO;
- Menjadi tenaga pengajar bagi program anjuran Bahagian/ Cawangan PERKESO.
- Terlibat dalam sistem pengurusan faedah perubatan PERKESO;
- Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.