Perkhidmatan Awam Negeri buka pengambilan banyak jawatan kosong: Gaji sehingga RM5,684

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    1. Klasifikasi: Pentadbiran dan Sokongan
    2. Taraf: Kontrak
    3. Gaji: RM1,493 – RM5,672
  2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED FA29
    1. Klasifikasi: Sistem Maklumat
    2. Taraf: Kontrak
    3. Gaji: RM1,549 – RM5,684

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman;
  • Pemohon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 14 OGOS 2022, AHAD (11.59 MALAM).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…