bantuan awal

Permohonan Bantuan Awal BAKIPT RM300 masih dibuka: Cara memohon & kaedah pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Kerajaan Negeri dengan tujuan tertentu.

Antaranya adalah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) yang telah diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM300. Berikut adalah maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan bantuan awal ini: –

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT)

Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT). Bantuan ini diberikan dengan kadar sebanyak RM300 secara sekaligus atau ‘one-off’.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar dan ibu bapa/penjaga yang anak mereka diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang My SPR Semak sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan;
  • Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA);
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
  • Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan BAKIPT, permohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT.

Pemohon juga memuat naik dokumen-dokumen sokongan dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
  •  Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07).
  •  Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
  •  Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  •  Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
  •  Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang lahir di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

 

Dimaklumkan bahawa pelajar kategori berikut tidak layak untuk memohon:

  • Pelajar PASCA-SISWAZAH
  •  Pelajar SEPARUH MASA
  •  Pelajar LUAR KAMPUS
  •  Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  •  Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  •  Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti

 

Dimaklumkan juga bahawa permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kepada mereka yang telah membuat permohonan dan diluluskan permohonannya, pembayaran BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar. Kaedah bayaran juga akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Tarikh permohonan BAKIPT adalah 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024 (Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2024 – Jun 2024) dan 1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024 (Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024).

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan awal ini dan permohonannya boleh dirujuk di Portal Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…