bil air

Permohonan Bantuan Bil Air Percuma untuk B40 dan M40: Ini cara mudah memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah Bantuan Bil Air Percuma. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan Bil Air Percuma

Bantuan Bil Air Percuma ini adalah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Ia adalah sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Oleh itu, mereka yang layak akan menerima bantuan Bil Air Percuma sebanyak 20 meter padu sehingga 31 Disember 2024.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu secara atas talian (online) atau secara manual. Permohonan secara atas talian hendaklah dibuat di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Manakala, permohonan secara manual bolah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan SADE dan dihantar  ke alamat e-mel: [email protected] atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.  Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…