e-tunai

Permohonan bantuan e-Tunai RM200 telah dibuka: Cara mendaftar & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-

Bantuan e-Tunai RM200

Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai eBeliaRahmah.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan sumbangan e-Tunai sebanyak RM200 secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Kementerian Kewangan, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8 pagi, 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Kredit eBeliaRahmah itu boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Berkenaan dengan pendaftarannya, ia boleh dibuat melalui platform-platform e-Tunai berikut:

  • Boost;
  • Setel;
  • Touch ‘n Go eWallet.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan pelaksanaan inisiatif ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…
Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…