Permohonan bantuan kewangan WBS dibuka sehingga 15 Mac 2022: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan. Antaranya termasuklah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).

PPSH bermatlamat bagi menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan. Melalui PPSH, kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (Biasiswa WBS). Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

Ketegori Orang Awam

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor;
  • Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun;
  • Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan;
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*

 

Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)

  • Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian;
  • Berumur 21 tahun hingga 40 tahun;
  • Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi;
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*

*Untuk senarai kursus yang ditawarkan untuk menerima bantuan biasiswa ini, sila rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan WBS boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Setiap butiran yang diisi di borang berkenaan hendaklah menggunakan HURUF BESAR. . Salinan Kad Pengenalan, Gambar Berukuran Passport serta Resume pula hendaklah dihantar ke e-mel: [email protected] (Tulis NAMA PENUH – PPSH KOHORT 2 di subject e-mel).

Pemohon juga perlu membuat kenyataan peribadi dengan menjawab soalan berikut: Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat? (Minima 150 patah perkataan) 

Tarikh tutup permohonan pada 15 MAC 2022 (SELASA).

Untuk pelbagai lagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan Biasiswa WBS, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…