bantuan khas

Permohonan Bantuan Khas RM1,000 – RM5,000 dibuka sehingga 31 Mei 2024: Mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Antaranya adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai ANIS kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas RM1,000 – RM5,000

ANIS atau Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan ia diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2024. Pada asasnya, bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak orang kurang upaya (OKU) dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

Melaluinya, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh menerima bantuan dari RM1,000 sehingga RM5,000 secara sekaligus atau ‘one-off’. Berikut adalah objektif utama bantuan ini:

  • Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon;
  • Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU;
  • Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon (Ibu/bapa/Penjaga) & penerima manfaat adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga) adalah Pengundi Negeri Selangor;
  • Penjaga merupakan ibu/ bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) & Akta Pengangkatan 1973;
  • Penerima manfaat hendaklah berumur di bawah 18 tahun (lahir tahun 2006 dan ke bawah);
  • Penerima manfaat mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
  • Keutaaman permohonan adalah kepada PERMOHONAN KALI PERTAMA;
  • Keutamaan kelulusan permohonan adalah kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
  • Borang permohonan dan Dokumen Sokongan akan diproses kelulusan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap dan berdasarkan kuota peruntukan.

Kadar Bantuan ANIS

Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) ini diberikan dengan kadar antara RM1,000 hingga RM5,000. Berikut adalah maklumat kadar bantuannya:

  • RM1,000: Pendidikan dan Pembelajaran (Pusat Terapi / Kelas Khas/ EIP)
  • Maksimum sehingga RM1,200: Ubat-ubatan, Makanan dan Keperluan tambahan
  • Maksimum sehingga RM5,000: Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin perubatan/ pembedahan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan ini, permohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi ANIS. Selepas itu, pemohon hendaklah mencetak borang permohonan dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga);
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak;
  • Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  • Kategori Peralatan/ Barangan / Makanan
    • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi
    • Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) sahaja yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2024 (Jumaat) 8.30 pagi sehingga 14 Jun 2024 (Jumaat) 5.00 petang ke Pusat Khidmat Masyarakat/ Pejabat ADUN yang berdekatan atau alamat berikut:

Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor.

Dimaklumkan bahawa penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi ANIS Selangor – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…