musim tengkujuh

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini dengan tujuan asas iaitu bagi membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40).

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan. Berikut adalah antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Musim Tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL) adalah suatu keadaan di mana nergara berdepan dengan hujan lebat di kebanyakan tempat. Prihatin dengan keadaan ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT.

pada asasnya merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.

Inisiatif ini merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun. Kadar BMT yang ditetapkan adalah sebanyakRM800.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

 

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu:

Kaedah 1: Portal Pekebun Kecil RISDA – Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan):

  • Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
  • Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.

 

Kaedah 2: Hadir ke Pejabat RISDA – Pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT :

  • Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
  • Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.

 

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

Pekebun Kecil RISDA & Individu

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)

 

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer)
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)

 

Pekebun Kecil Agensi

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Surat pengesahan daripada agensi
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA)

 

Permohonan BMT dibuka sehingga 30 September 2024. Maklumat lengkap tentang BMT boleh dirujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.

Pembayaran BMT

Bagi permohonan yang berjaya, pembayaran BMT akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat ketika permohonan dibuat.

Pembayarannya akan dibuat secara berperingkat setiap bulan dengan kadar RM200 pada November, Disember 2024 dan Januari, Februari 2025.

Maklumat lengkap tentang Bantuan Musim Tengkujuh boleh dirujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…