Permohonan bantuan RM1,000 kepada pelajar tahun pertama IPTA/IPTS dibuka. Ini cara memohon

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membuka permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor, yang memberi bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Bantuan sumbangan ini khas diberikan kepada pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan. Ia juga terbuka untuk peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Berikut adalah syarat kelayakan memohon:

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah rakyat DYMM Sultan Selangor, yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    •   Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja.
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT di: http://hpipt.selangor.gov.my.

Tatacara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Klik pada pautan Daftar di dalam sistem bagi membuat permohonan.
  2. Pemohon seterusnya perlu melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam sistem.
  3. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan.
  5. Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

 

Permohonan yang telah dicetak bersama dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS)
40503 Shah Alam, Selangor

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menguhungi pihak urus setia HPIPT di talian: 03-5544 7385/03-5521 2306

Permohonan bantuan ini dibuka dari 01 hingga 31 MAC 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…