Permohonan bantuan RM250 – RM400 untuk B40 & M40 dibuka sehingga 2 Mei 2022: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat.

Salah satunya adalah melalui sebuah Bantuan Kewangan yang dikenali sebagai Bantuan i-Perantau yang melibatkan sumbangan sebanyak RM250 dan RM400 kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan i-Perantau pada asasnya merupakan sebuah bantuan ‘one-off’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada seramai 5,000 ketua isi rumah (KIR) yang layak. Jumlah bantuan pula terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • RM400: Isi rumah berpendapatan tidak melebihi RM2,500;
  • RM250: Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Ini pula adalah syarat-syarat kelayakan Bantuan i-Perantau:

  • Pemohon hendaklah merupakan pengundi berdaftar di Negeri Terengganu;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori pertama dan pendapatan antara RM2,501 – RM5,000 (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori kedua;
    Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20);
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon bantuan ini;
  • Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon;
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan i-Perantau boleh dikemukakan secara atas talian di Portal i-Bantuan.

Dalam masa sama, pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya;
  • Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan;
  • Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung;
  • Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon).

 

Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada 02 MEI 2022, ISNIN.

Maklumat lengkap dan permohonan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…