Permohonan Bantuan RM600 dibuka mulai 5 Mei 2022: Ini cara semak kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan melalui agensi-agensi kerajaan. Antaranya adalah melalui RISDA yang memperkenalkan bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bantuan kewangan tersebut:-

Syarat-syarat Kelayakan BMT 2022

BMT 2022 atau Bantuan Musim Tengkujuh 2022 adalah sebuah bantuan yang dibayar sebanyak dua fasa (RM300 setiap fasa) kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan. Ini adalah senarai syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Permohonan BMT 2022 dibuka dari 05 Mei 2022 sehingga 15 September 2022. Ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika permohonan:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

 

Manakala, bagi pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah mengemukan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

 

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BMT, boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Dapat Diskaun Sehingga 30% Bila Beli Barang: Ini Cara Mendaftar Kad Pekerja MADANI

Dapat Diskaun Sehingga 30% Bila Beli Barang: Ini Cara Mendaftar Kad Pekerja MADANI

Setiap 1 Mei, kita di Malaysia dan di banyak negara lain menyambut Hari Buruh sebagai tanda penghargaan kepada golongan pekerja…
Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka: Kadar Bantuan RM500 hingga RM1,000

Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka: Kadar Bantuan RM500 hingga RM1,000

Menempuh alam pengajian tinggi bukan sekadar tentang menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan. Di sebalik kejayaan segulung ijazah, terselit pelbagai cabaran…
Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…