Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa usia muda, tetapi juga membawa pengalaman, kebijaksanaan serta nilai-nilai hidup yang penting untuk generasi baharu. Dalam konteks Malaysia yang sedang menuju ke arah negara menua, jumlah warga emas semakin meningkat setiap tahun.
Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, menjelang tahun 2030, negara dijangka mencapai status “negara tua” apabila lebih 15% daripada penduduknya berumur 60 tahun ke atas. Perubahan demografi ini menuntut perhatian serius daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, masyarakat dan institusi keluarga.
Namun begitu, di sebalik penghormatan yang sewajarnya, warga emas turut berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian. Antaranya termasuk masalah kesihatan yang semakin meruncing, kekangan kewangan selepas bersara, serta isu kesepian apabila anak-anak sibuk dengan urusan sendiri.
Tidak kurang juga yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan atau pertubuhan kebajikan untuk meneruskan kehidupan. Dalam keadaan tertentu, ada warga emas yang terabai tanpa penjagaan sewajarnya, sekali gus menimbulkan persoalan tentang nilai kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat moden.
Oleh itu, penting untuk kita melihat warga emas bukan sebagai beban, tetapi sebagai aset berharga negara. Mereka masih mampu menyumbang kepada masyarakat melalui pengalaman, nasihat dan panduan hidup yang tidak ternilai. Mewujudkan persekitaran yang mesra warga emas, sama ada dari aspek kesihatan, kebajikan atau sokongan emosi adalah tanggungjawab bersama.
Dengan pendekatan yang inklusif dan berperikemanusiaan, kita bukan sahaja menghargai jasa mereka, tetapi juga memastikan hari tua mereka dilalui dengan penuh maruah dan kebahagiaan. Antara usaha Kerajaan bagi membantu golongan ini adalah melalui Bantuan Warga Emas atau BWE.
Bantuan RM600 Setiap Bulan
Bantuan Warga Emas atau BWE adalah sebuah bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Objektif utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban golongan warga emas yang memerlukan dan membantu mereka meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM600 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak serta diluluskan permohonan mereka.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonna Bantuan Warga Emas (BWE) ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM.
Selepas membuat permohonan di portal berkenaan, pemohon dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian bagi mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon (depan);
- Salinan kad pengenalan pemohon (belakang);
- Salinan kad pengenalan/ mykid/ sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja;
- Salinan kad oku/ slip pendaftaran sementara (bagi pemohon oku);
- Salinan sijil kematian/ perceraian (jika berkaitan);
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan;
- Laporan dari agensi lain yang berkaitan (aadk/ polis/ penjara) (jika berkaitan);
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon/ astro, dll (bagi pengesahan alamat);
- Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan geran;
- Pengesahan rawatan/ surat sokongan/ syor daripada doktor/ pakar perubatan dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/sokongan).
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan menghadiri Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan membawa dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk maklumat, setiap permohonan akan dijalankan siasatan bagi memastikan pemohon benar-benar layak dan sesuai dengan konsep bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Maklumat lengkap serta penuh tentang BWE sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.