Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan, kos pendidikan dan perkhidmatan kesihatan menjadi beban yang semakin berat, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Walaupun kadar inflasi negara kekal dalam julat yang terkawal, ramai merasai tekanan ekonomi harian yang semakin mencabar. Gaji yang tidak seiring dengan peningkatan kos menyebabkan kuasa beli rakyat terjejas, seterusnya menjejaskan kualiti hidup mereka.
Faktor seperti ketidakstabilan ekonomi global, perubahan iklim, dan konflik geopolitik turut memberi impak langsung kepada kos barangan dan perkhidmatan.
Dalam masa yang sama, peningkatan kos sewa rumah dan harga rumah yang melambung tinggi menjadikan pemilikan rumah satu impian yang sukar dicapai bagi golongan muda. Di bandar-bandar besar, tekanan kos sara hidup menjadi lebih ketara dengan keperluan seperti pengangkutan, penjagaan anak, dan makanan yang semakin mahal.
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi meringankan beban rakyat seperti pemberian subsidi, bantuan tunai, dan program harga kawalan. Namun begitu, keberkesanan langkah-langkah ini masih menjadi perbahasan dalam kalangan masyarakat. Ramai berpendapat bahawa penyelesaian jangka panjang perlu melibatkan penstrukturan semula ekonomi negara, peningkatan produktiviti, serta penyediaan peluang pekerjaan dan gaji yang setimpal.
Oleh itu, memahami realiti kos sara hidup hari ini adalah penting bagi semua pihak — sama ada kerajaan, majikan mahupun individu — supaya strategi yang berkesan dapat dilaksanakan demi menjamin kelangsungan hidup rakyat yang lebih baik dan mampan.
Antara usaha menangani isu ini adalah dengan perkenalanan beberapa inisiatif oleh pihak Kerajaan dan antaranya melalui Bantuan Sara Hidup atau BSH. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu.
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah salah satu bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk membantu para veteran ATM yang memerlukan dan mengurangkan beban bulanan mereka.
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300/RM500 setiap bulan kepada para penerima yang layak. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan BSH ini:
- Veteran ATM (tanpa mengira tempoh khidmat):
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Veteran ATM yang bermastautin di luar negara tidak layak;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Bekas isteri/bekas suami yang bercerai hidup tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 23 tahun jika masih belajar, dan tiada had umur bagi anak yatim OKU;
- Faktor-faktor lain seperti faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), atau faktor/ komitmen lain yang munasabah juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH. Namun komitmen seperti ansuran rumah dan kereta adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.
Cara Memohon BSH
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap.
Semua keterangan dan maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon adalah bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
Borang yang lengkap kemudiannya boleh dihantar melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Permohonan itu seterusnya akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.
Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi permohonan yang telah diluluskan, dimaklumkan bahawa ia akan berkuatkuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Penerima boleh membuar permohonan bagi penyambungan bantuan ini dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh tiga 3 tahun tersebut.
Permohonan itu akan dinilai semula untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Maklumat lengkap dan lanjut tentang Bantuan Sara Hidup ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.