Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Antaranya adalah bantuan di bawah Skim Mesra yang dikenali sebagai SMUE kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan SMUE RM150 & RM500
Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Skim Mesra di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Salah sebuah komponen skim ini adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu sebuah sumbangan e-baucar membeli belah sebanyak RM150 dan khairat kematian sebanyak RM500.
Baucar itu kemudiannya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja dan digunakan dalam tempoh tiga bulan selepas penebusan dibuat. Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh tiga bulan tidak boleh diganti.
Manakala, khairat kematian sebantak RM500 pula diberikan kepada waris penerima SMUE dan ia hendaklah dituntut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.
Syarat-syarat Kelayakan SMUE
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Bermula pada 1 April 2023, permohonan akan tertakluk pada syarat-syarat di bawah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Memohon
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan SMUE boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Skim Mesra.
Bagi permohonan yang telah diluluskan, pemohon boleh mengambil baucar berkenaan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun.
Untuk pembayaran khairat kematian pula, ia akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN. Sekiranya si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
Tuntutan yang lewat tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan dilayan. Waris yang membuat tuntutan baucar Jom Shopping selepas ahli meninggal dunia (dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian) hanya layak menerima wang khairat kematian sebanyak RM350 sahaja.
Maklumat lengkap berkenaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini boleh didapati di portal rasmi Skim Mesra – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Program MamaKerja iaitu sumbangan insentif sebanyak RM1,000 kepada 5,000 wanita bekerja di negeri berkenaan.
Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.
Syarat-syarat utama bantuan ini adalah:
- Wanita bekerja dan mempunyai majikan;
- Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah;
- Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS;
- Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah;
- Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.\
Info lanjut berkenaan Program MamaKerja ini boleh diteliti di Portal Rasminya – DI SINI.