Permohonan bantuan Tablet Percuma Fasa 2 dibuka mulai 1 Ogos: Ini senarai yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat pusat atau negeri. Salah satunya termasuklah bantuan tablet percuma di bawah Belanjawan 2022 melalui PerantiSiswa 2022.

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini adalah sebuah inisiatif yang menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan peranti ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berasal daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa – permohonan Program Peranti Siswa Fasa ke-2 akan dibuka bermula pada 01 Ogos 2022.

Permohonan ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) Sistem Permohonan PerantiSiswa dengan membuat pendaftaran dan mengisi maklumat yang diminta secara tepat dan benar.

Dimaklumkan juga bahawa buat ketika ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Maklumat lengkap dan permohonan program ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…