Permohonan banyak jawatan dibuka di PTPTN: Tawaran gaji dari RM1,216 hingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR – GRED N41
    • Taraf: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    • Taraf: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Taraf: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N19
    • Taraf: Tetap
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  6. PEMBANTU OPERASI – GRED N11
    • Taraf: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan secara atas talian (online) – DI SINI.

Para calon juga wajib memastikan e-mel dan nombor telefon yang diberikan adalah aktif. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan melalui e-mel untuk panggilan sesi temu duga.

Dimaklumkan juga bahawa segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

Tarikh tutup permohonan pada 06 MAC 2022, AHAD (11.59 MALAM).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…