Permohonan banyak jawatan dibuka di Universiti Malaya (UM): Gaji RM1,377 hingga RM10,560

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. KURATOR – S41
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  2. PEGAWAI PERUBATAN – UD43
    • Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM3,611 – RM10,560
  3. JURURAWAT – U29
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  4. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – W29
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN – U29
    • Taraf jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Bagi senarai penuh kelayakan bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan UM – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 28 FEBRUARI 2022, ISNIN.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…