bil air

Permohonan Bil Air Percuma untuk pengguna B40 dan M40 masih dibuka: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini diberikan dengan objektif untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya dari kalangan B40 dan M40. Salah satunya adalah Bantuan Bil Air Percuma yang telah dilaksanakan dan masih dibuka permohoannya. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan Bil Air Percuma

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Bantuan bil air percuma ini adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor dan warganegara Malaysia.

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan SADE ini adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, urusan permohonan Bantuan Bil Air ini boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan SADE dan dihantar ke alamat e-mel: iprair@airselangor.com atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Dimaklumkan bahawa permohonan SADE akan dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024. Kepada semua yang diluluskan permohonannya, mereka layak menikmati faedah skim bantuan ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Ini kerana, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh SADE untuk 3 tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024.

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.  Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat – DI SINI.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Program Mamakerja iaitu pemberian insentif sebanyak RM1,000 kepada 5,000 wanita bekerja dan mempunyai majikan di negeri berkenaan.

Insentif ini berobjektif untuk membantu meringankan beban wanita bekerja bagi penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Syarat-syarat kelayakan Program MamaKerja adalah seperti di bawah:

  • Wanita bekerja yang mempunyai majikan;
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun);
  • Pengundi berdaftar di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah;
  • Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan bagi sektor kerajaan);
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Bukan penerima Skim Bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Bantuan Tadika (TUNAS).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…