Permohonan BKM akan ditutup hari ini (31 Jan 2022): Ini cara tetap semula ID & tukar kata laluan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

BKM juga diberikan kepada golongan B40 dan M40 mengikut kategori masing-masing berdasarkan pendapatan bulanan yang ditetapkan. Berikut adalah antara mereka yang layak untuk menerima BKM: –

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
      syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
      anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Tarikh Permohonan

Seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan dan kemaskini BKM dibuka selama sebulan bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

Pembayaran BKM juga akan dilaksanakan secara empat fasa yang akan dimaklumkan tarikhnya dari semasa ke semasa nanti.

Cara Tetap Semula ID & Tukar Kata Laluan

Walaupun jarang berlaku, namun ramai juga yang menghadapi masalah ini apabila mereka terlupa ID atau kata laluan untuk akaun BKM masing-masing.

Akan tetapi, perkara ini boleh diselesaikan dengan beberapa langkah sahaja. Berkenaan dengan terlupa ID, sistem BKM sebenarnya telah menetapkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) pemohonan sebagai ID pengguna.

Oleh itu, jika terlupa ID – pemohon hanya perlu merujuk MyKad masing-masing untuk mendapatkan nombor dan diisi di ruang yang disediakan. Manakala bagi terlupa kata laluan pula, ia boleh ditukar dengan cara:

  • Pergi ke portal rasmi BKM (DI SINI);
  • Klik pada butang “Log Masuk BKM”
  • Klik pada butang “Terlupa Kata Laluan”
  • Masukkan nombor MyKad anda (pemohon) dan klik “Semak”.
  • Masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan di sistem sebelum itu dan klik “Seterusnya”.
  • Buat semakan jika kata kunci keselamatan adalah betul dan seterusnya klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang dikemukan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan.
  • Klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Pemohon kemudiannya akan menerima pemberitahuan penukaran kata laluan.

 

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKM, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…