Permohonan BTAR 2022 Yayasan Tunku Abdul Rahman dibuka: Mohon sebelum 31 Mac 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan, Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah membuka permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) untuk tahun 2022.

BTAR pada asasnya merupakan biasiswa Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia. Program ini menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni.

Makanya, para penerima biasiswa ini akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Jenis-jenis Bantuan

  • YURAN UNIVERSITI
    • Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • ELAUN BULANAN
    • Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
  • ELAUN TAHUNAN
    • Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
  • ELAUN SEKALI SEPANJANG BIASISWA
    • Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tergolong dalam salah satu kategori berikut:
    • Pelajar Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
    • Penerima surat tawaran yang akan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan awam atau swasta bermula tahun 2022.
    • Pelajar yang sedang memohon kemasukan program Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan awam atau swasta pada tahun 2022.
  • Pemohon yang berjaya bagi kategori sedang memohon kemasukan program hanya akan dianugerahkan surat tawaran bersyarat sehingga mereka menerima surat pengajian yang rasmi daripada universiti tempatan (awam atau swasta) yang diiktiraf oleh MQA.

Kriteria Pemilihan

  • KETABAHAN
    • Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan tabah dalam menetapkan dan mencapai matlamat peribadi, tanpa mengira kegagalan.
  • KEPIMPINAN
    • Mempunyai pengalaman kepimpinan (dalam kelab atau persatuan dan mempunyai matlamat untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan memacu perubahan di Malaysia dalam keupayaan tersendiri (di dalam dan di luar Malaysia)
  • SEMANGAT UNTUK BELAJAR
    • YTAR meraikan pelajar dengan minda yang sangat dahaga dan naluri ingin tahu intelek untuk meneroka bidang pengajian mereka dan melampauinya.
  • KEUPAYAAN AKADEMIK
    • Keupayaan akademik yang dipasangkan dengan minat pembangunan diri melalui penyertaan aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum. Yang akan mempertimbangkan:
      • PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU BBB untuk A-level
      • Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih digalakkan untuk memohon.
  • KEPERLUAN KEWANGAN
    • Keutamaan diberikan kepada:
      • Latar belakang keluarga yang berkeperluan tinggi dan berpendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah.
      • Pertama dalam keluarga yang menyambung pengajian ke universiti.
      • Pernah atau sedang melalui cabaran hidup yang sukar.
      • Berada dalam apa-apa keadaan yang sukar dan unik seperti pelajar yang kurang upaya atau berasal dari kawasan luar bandar di Malaysia.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BTAR 2022 boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi YTAR.

Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Layari portal rasmi YTAR – DI SINI;
  • Klik pada butang ‘MOHON SEKARANG’;
  • Klik pada butang ‘MOHON DI SINI’
  • Pemohon akan dibawa ke sistem permohonan BTAR

 

Tarikh tutup permohonan BTAR pada 31 MAC 2022, KHAMIS.

Untuk maklumat lengkap dan lanjut berkenaan BTAR, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…