e-Dompet

Permohonan e-Dompet RM300: Diberikan setiap bulan secara automatik

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Khususnya kepada mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).

Bantuan-bantuan ini juga bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup yang menjadi isu utama di kalangan masyarakat pada ketika ini. Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk e-Dompet yang diberikan setiap bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

E-Dompet RM300

Pada tahun ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS. Program ini pada asasnya berobjektif untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Kadar BINGKAS yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 dan akan diberikan setiap bulan secara automatik kepada mereka yang layak dan menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasminya. Sekiranya permohonan diluluskan, penerima boleh menggunakan e-Dompet ini untuk membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

Antara barangan yang boleh dibeli adalah beras, roti, biskut, telur, gula, garam, rempah ratus, tepung, minyak masak, ubat-ubatan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan banyak lagi (senarai penuh lihat DI SINI).

Cara menggunakan BINGKAS adalah seperti berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

 

Akan tetapi, permohonan BINGKAS ketika ini telah ditutup dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon, boleh dirujuk Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Selain BINGKAS, pihak Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan pelbagai insiatif lain seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk golongan warga emas dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) untuk golongan kurang upaya (OKU).

Ada dua manfaat utama Skim Mesra ini iaitu Baucar Membeli-Belah RM150 dan Khairat Kematian RM500. Bagi baucar membeli belah, ia akan diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup. Baucar itu boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.

Baucar itu perlu digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat. Harus diingatkan bahawa baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.

Berkenaan Khairat Kematian pula, ia diberikan kepada waris ahli yang telah meninggal dunia. Tuntutan khairat kematian ini perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.

Pembayaran itu akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN. Sekiranya tuntutan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar, tuntutan berkenaan tidak akan dibayar.

Bagi pendaftarannya, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi SKIM Mesra atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi Skim Mesra – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…