KWSP

Permohonan e-Pengeluaran KWSP telah dibuka: Berikut syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara atas talian.

Berikut adalah perkara-perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP sebelum umur 55 tahun: –

Pengeluaran KWSP

Membeli Rumah

KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membina Rumah

Ahli juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 mereka bagi tujuan membina rumah. Antara syarat-syarat utamanya adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Perbelanjaan Kesihatan

Bagi ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Membiayai Pendidikan

Bagi tujuan pendidikan, KWSP  membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

E-Pengeluaran KWSP

Sebenarnya, setiap ahli KWSP layak untuk mendaftar di bawah i-Akaun iaitu sistem secara atas talian (online) bagi berurusan dengan badan simpanan kewangan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian (bagi tujuan-tujuan di atas).

Maklumat lengkap  berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…