Permohonan jawatan dibuka di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM: Minima SPM layak memohon

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) adalah sebuah badan yang menyelaras, memantau, menilai pelaksanaan dan hasil Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Selain itu, ia juga menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat. Visi utama agensi ini adalah bagi menjadi pusat yang unggul dalam Penyelarasan dan Pemantauan pembangunan negara.

Selaras dengan peranannya itu, kini ICU telah membuka kekosongan jawatan sebagai PEMBANCI GRED E19 (PERSONAL MYSTEP) untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat jawatan:

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Bayaran perkhidmatan: RM1,600/sebulan
  • Kelayakan minima: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Kekosongan: Daerah di Negeri Selangor

 

Syarat-syarat permohonan jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun
  • Mahir menaip dan mengendalikan komputer
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Memiliki lesen kenderaan B2 atau D
  • Memiliki kenderaan sendiri sama ada kereta atau motosikal
  • Memiliki telefon pintar
  • Memiliki komputer riba

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala permohonan pula boleh dibuat dengan menghantar resume beserta sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Tarikh tutup permohonan tidak dinyatakan.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…