motosikal

Permohonan kewangan RM1,000 – RM10,000 untuk beli motosikal masih dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang ingin membeli atau membaiki motosikal. Berikut adalah penjelasannya: –

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ia juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini khusus untuk usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain bagi tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan asas

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online);
  • Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

 

Syarat-syarat tambahan

  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian;
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut; Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat dan hendak memohon, ia boleh dibuat di mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Oleh hal demikian, para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…