Permohonan kewangan TUNS telah dibuka: RM3,000 kepada yang berkelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan menjana pendapatan, kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

Kepada mereka yang berkelayakan, TUNS menyediakan bantuan pembiayaan secara geran sebanyak RM3,000. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta
    Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh tiga bulan sebelum permohonan dibuat;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga bulan;
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis;
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima tahun.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan pembiayaan boleh dibuat dengan mengisi dokumen-dokumen yang ditetapkan TUNS – DI SINI.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti:

  • Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  • Gambar formal pemohon berukuran passport;
  • Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
  • Salinan dokumen pendaftaran SSM;
  • Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan;
  • Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi;
  • Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya 3 gambar);
  • Salinan perjanjian sewa premis/ tanah;
  • Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.

 

Permohonan bantuan pembiayaan akan mula dibuka dari 01 Februari hingga 28 Februari 2022, dan para pemohon dinasihati membuat semakan secara berkala di portal rasmi TUNS (DI SINI) untuk perkembangan lanjut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan melalui Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS):

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…