Permohonan masih dibuka: Cara memohon bantuan bil Air Percuma untuk sepanjang tahun 2022

Selain bekalan elektrik, bekalan air juga merupakan antara keperluaan asas kehidupan paling utama kepada setiap manusia. Sedar dengan dengan kepentingan itu, sebuah skim bantuan telah diperkenalkan iaitu Skim Air Darul Ehsan (SADE).

SADE pada asasnya merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan bantuan 20 meter padu bekalan air percuma kepada yang mereka berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan air percuma ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  •  Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

 

Untuk makluman, untuk penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter pukal, akan terus menerima 20𝑚3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.

Dalam masa sama, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan SADE (muat turun – DI SINI) dan menghantarnya melalui emel: [email protected] atau mana-mana Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan SADE, sila rujuk – DI PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…