mikro

Permohonan Mikro/i Madani RM5,000 – RM50,000 telah dibuka: Mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Hal yang sama di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat tahun lalu. Berikut adalah antara program yang telah diperkenalkan: –

Skim Mikro/i MADANI Umum

Skim Mikro/i MADANI Umum adalah sebuah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2024 yang berobjektif untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

Ini adalah maklumat kemudahan pembiayaan ini:

  • Jumlah Pembiayaan: RM5,000 – RM50,000
  • Tempoh Pembiayaan: 1 tahun hingga 5 tahun
  • Kadar Pembiayaan: 4.00% setahun (kadar tetap)
  • Skop Pembiayaan:
    • Peruncitan dan pemborongan
    • Pembuatan
    • Perkhidmatan
    • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Syarat-syarat Kelayakan

Skim pembiayaan ini dibuka untuk perusahaan mikro (Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd.) dan menepati syarat-syarat di bawah:

  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Skim Mikro/i MADANI Umum ini boleh dibuat secara atas talian (online) portal rasmi BSN.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika permohonan:

  • Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan/atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah/Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/permit operasi/Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah;
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Rakan Kongsi;
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terkini;
  • Salinan bil utiliti terkini;
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak bank.

 

Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…