Permohonan pelbagai jawatan dibuka di PKNM: Tawaran gaji RM1,352 hingga RM9,585

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. AKAUNTAN – GRED WA41 
    • Gaji: RM2,820 – RM9,585
  2. PEGAWAI TADBIR – GRED N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PEMBANTU AKAUNTAN – GRED W22 
    • Gaji: RM2,254 – RM4,694
  4. PELUKIS PELAN (SENI BINA) – GRED JA19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan adalah diberikan kepada Anak Negeri Melaka;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

*Bagi senarai lengkap kelayakan setiap jawatan, baca – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan, muat turun – DI SINI (PDF).

Semua permohonan hendaklah disertakan bersama:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil-Sijil Akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)/ Persekolahan beserta dengan keputusan/ kelulusan peperiksaan yang berkaitan;
  • Lain-lain dokumen sokongan.

 

Semua dokumen juga hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung).

Borang permohonan dan dokumen-dokumen  yang telah lengkap diisi kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Aras 4-11, Menara MITC, Jalan Konvensyen,
Kompleks MITC, 75450 Ayer Keroh,
Melaka.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala, pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 18 FEBRUARI 2022, JUMAAT (4.30 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…